Pacita Abad
Pacita Abad

Pacita Abad

Pacita Barsana Abad (5 Oktober 1946 – 7 Disember 2004) ialah seorang pelukis Filipina-Amerika dan Ivatan. Beliau dilahirkan di Basco, Batanes, sebuah pulau kecil di hujung utara Filipina, antara Luzon dan Taiwan. Kerjaya melukisnya selama 30 tahun bermula ketika beliau datang ke Amerika Syarikat untuk menerukan pendidikan. Beliau mempamerkan karyanya di lebih dari 200 muzium, galeri dan tempat lain, termasuk 74 pameran solo, di seluruh dunia. Karya Abad kini berada dalam koleksi seni rupa awam, syarikat dan peribadi di lebih dari 70 negara.[1]